Jumaat, 13 Mei 2011

Perhiasan



Kain Tenun


Selampai



Kain Baju Burung

Kain ini adalah digunakan untutk membuat baju burung. Baju Burung merupakan pakaian tradisional masyarakat Iban. Harga kain untuk membuat Baju Burung adalah RM 350.00

Kain Tenunan Sarawak

Produk kraftangan iaitu Kain Tenunan Sarawak yang dihasilkan oleh Puan Nagi Anak Selan mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan luar. Terdapat pelbagai produk tenunan beliau seperti Selampai, Pua Kumbu, Baju Burung dan barang perhiasan yang lain.

Puan Nagi telah menceburkan diri dalam bidang kraftangan ini selama 20 tahun. Pada mulanya ia merupakan hobi semata-mata dan atas dorongan daripada  keluarga dan rakan-rakan beliau telah menjual produk ini. Setakat ini lebih kurang 350 produk kraftangan ini telah dijual di Sarawak dan Brunei.






Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk-pruduk ini sila hubungi Puan Nagi dan cara penghantarannya adalah melalui pos.